11/25/08

KENDURI DOA SELAMAT

Hari minggu lepas kawan kak tim buat kenduri doa selamat bersempena emaknya akan berangkat menunaikan fardhu haji di Mekah.

Antara menu-menu yang dihidangkan..



Selamat Menjamu Mata...

11/23/08

KUIH SERI MUKA


Ari ni kak tim nak share menu minum petang yang kak tim buat semalam.
Kuih seri muka yang memang digemari keluarga akak.
Resepi pulak dapat dari seorang kenalan baru..Kak Farid. Terima kasih banyak2 kak bagi resipi kat saya..walaupun saya tahu kuih ni akak buat jualan tapi akak sudi beri pada saya..

Terima kasih atas keikhlasan akak..saya pun nak memanjangkan resipi ni pada kawan-kawan..




BAHANNYA:

Lapisan bawah:

500 gm beras pulut (rendam lebih kurang 3 jam)

santan cair (ikut paras pulut - bila nak kukus di loyang)

sedikit garam

Lapisan atas:

8 biji telor

250 gm gula pasir

350 ml air daun pandan (blend pandan dan air)

350 ml santan pekat

5-6 camb. tepung beras

pewarna hijau jika suka kuih lebih hijau

Cara membuatnya:

Kukus pulut bersama santan cair hingga masak.

Sementara itu sediakan lapisan atasnya. Pukul telor dan gula. Bila gula hancur masukkan bahan-bahan lain dan kacau rata..ataupun kalau nak senang blend aje semua bahan tu sekejap.
Kemudian masak di atas api perlahan sambil dikacau selalu selama lebih kurang 20 minit.
Bila lapisan bawah telah masak..tekan perlahan-lahan biar mampat. Kemudian tuang adunan yg dia masak tadi ke atasnya dan kukuslah selama lebih kurang sejam atau hingga masak.
Biarkan sejuk dulu sebelum potong supaya tak bersememeh..

11/22/08

POKOK HERBA DAN TAMAN

Hari ni kak tim nak citer topik lain sikit dari biasa. Cerita kali kisah pokok herba dan taman yang suami usahakan di sekolah dia..sebenarnya di sini terdapat banyak jenis pokok-pokok herba yang lama dan baru. Yang ada ni aje yang sempat kak tim ambil gambarnya..nanti lain kali kak tim cuba ambil lagi untuk tatapan semua...


yang ni pokok herba..mengkudu namanya..



Yang ni pulak pokok bonglai..yg merah tu bunganya



Yang ni pulak pokok ubi kayu


yang ni pokok kari..


yang ni pokok herba..kunyit hitam namanya


yang ni namanya pokok tujuh jarum


ini hempedu bumi..rasanya amat pahit


yang ni pokok sabung nyawa..sedap dibuat ulam


pokok misai kucing dan bunganya


pokok gelenggang dan bunganya..dauunya boleh dibuat ubat panau


pokok tongkat ali


yang ni pulak pokok cekur


yang ni rasanya semua kenal..pokok pandan tapi yg uniknya dah tinggi...

dan yang ni pulak antara pokok-pokok yg ada kat taman di sekolah ni..



11/16/08

MENU MINUM PETANG



Arini macam tak sibuk sangat..pastu angin R pon macam ada bertiup walaupun tak kencang..he..he..he..
Saja nak share menu minum petang ari ni..keledek ungu goreng dengan permintaan ulangan kuih bakar keledek..isyyy tak jemu budak2 ni dengan bapak budaknya..tapi yang diaorang suka la kak tim suka buat sebab laju je jalannya kuih-kuih tu..

Citer pasal keledek ungu tu..memula goreng nampak macam keras..rupanya bila dah sejuk gebu dan lembut..tapi sibongsu Hariz tu macam pelik pulak tengok keledek ungu tu, langsung tak disentuhnya. Sib baik yang lain-lain makan laju je..

Ok..ni gambonya..



11/13/08

Hari ni anak bongsu kak tim menyambut hari kelahirannya yg ke 13 tahun..amboi dah bujang sibongsu ni..terasa makin tua diri ni..

Sempena tu dia request kek coklat yang rich with choc topping...tak tau mana satu kek coklat nak buat..akhirnya kak tim tanya dia yg mana dia suka..rupanya dia suka Kek coklat kukus Zaima..so terpaksalah buat jugak sedangkan baju customer nak collect Jumaat malam ni belum berusik.

Nampak gayanya esok terpaksalah kerja keras sikit siapkan jugak baju tu..pastu nak jahit manik lagi..sempat ke tidak...kena sempatkan jugak..

Oklah ni kak tim nak share resipi Kek kukus coklat Zaima dan topping dari blog Mabil berserta picnya sekali..



KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

Dan ni pulak resepi ganache yg kak tim ambil dari blog Mabil..mudah dan sedap..

Bahannya:

250 gm cooking chocolate
135 ml whipp cream
10 gm butter
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula icing - diayak

Cara membuatnya:

Double boil cooking choc hingga cair. Kemusidan didihkan pula whipp cream. Campurkan choc cair tadi ke dlm whipp cream sambil kacau rata. kemudian masukkan butter dan vanilla. Biarkan sejuk selama 10 minit. Then masukkan icing sugar dan putar dengan kelajuan tinggi selama 3-4 minit. Sedia untuk digunakan..

11/12/08

Kuih Bakar Keledek

Kak tim sebenarnya minat sangat nak mencuba pelbagai kuih muih melayu dari koleksi resepi kawan-kawan..

Tapi sayang masa tak mengizinkan sangat sebab kak tim ada tugas sampingan yg lain..
Dalam beberapa waktu yg lalu ada juga kak tim cuba kuih2 melayu dari kawan-kawan
antaranya Kuih Bakar Keledek dari koleksi resepi bro Rozzan..

Feedbacknya..memang suka sangat dengan tekstur kuih ni yg lembut..gebu, rasanya pulak lemak berkerim..

Dengan resipi mudah ni rasanya memang tak de alasan lagi untuk tidak mencubanya..
Ni kak tim tepek gambar dan resipinya..



KUIH BAKAR KELEDEK

Bahan-bahan :

250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:

Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

11/11/08

Ayam Kak Yang

Sebenarnya resipi Ayam Kak Yang tu kak tim ambil dr sepupu kak tim yg tinggal kat Klang..
Bila pegi umah dia tiap2 kali raya mesti dia masak ayam ni..anak-anak kak tim pulak suka sesangat ayam ni..lama-lama tu yang minta resepi tu..
Dah banyak kali gak buat resepi ni..tapi setiap kali tak sempat nak ambil pic..nantilah bila buat lagi, kak tim make sure akan ambil picnya ye....
Ha..ni dah ada gambarnya..

AYAM KAK YANG

Bahan2nya:

½ ekor ayam

Bawang merah

Cili kering - kisar

Jintan putih

Cuka

Kicap

Daun pandan dan daun kari

Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

Goreng ayam. Tumis bawang hingga layu. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing dan wangi. Masukkan jintan, cuka , serbuk perasa, gula dan garam serta daun pandan dan daun kari..masukkan ayam, kacau..masukkan sedikit kicap, kacau lagi. Sedia untuk dihidangkan.

CHOCOLATE OIL CAKE




Ini adalah salah satu cupcake yg pernah kak tim cuba. Resepinya adalah dari forum koleksi resepi pilihan diana..Kek ni mudah untuk dibuat dan rasa kecoklatannya sangat terserlah.

CHOCOLATE OIL CAKE

Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak