12/29/08

DONUT APPLE

Hari jumaat lepas Kak tim ngan hb gi teman anak sulung beli baju kat Jaya Jusco Wangsa Maju..terlanjur pi sana kak tim singgah kedai donut Apple yang baru dibuka.
Sebelum ni ada juga kawan bercerita pasal donut ni tapi belum berkesempatan menjengah ke kedainya...
Rasa donut ni mmmmm...memang yummy, tapi harganya agak mahal sikit..tapi bila dah rasa sedap tu..lupakan je lah tentang harga...he..he..he.
nak-nak yang perasa Duran Duran tu..lemak berkrim filling duriannya..
Haaii...hancus lagilah diet akak yang memang dah hancus...





nilah donut-donut yang akak pilih..semua sedap dan sebelah tu laman webnya..



yang ni yang Duran Duran tu..sedap walaupun rupanya nampak biasa je..

12/28/08

LAGI GAMBAR PD

ni pula gambar pemandangan tepi laut waktu lewat senja...




Dan akhirnya malam pun melabuhkan tirainya...
dari kejauhan..nun jelas kelihatan kelip-kelip cahaya dari rumah api di Tanjung Tuan..alangkah indahnya ciptaan yang maha esa...

BERCUTI DI PORT DICKSON

Lamanya kak tim tak update blog ni..sibuk sesibuknya. Maklumlah kalau musim cuti ni anak-anak berkumpul semua, maka projek memasak berjalan sepanjang masa.
Seronoknya rasa hati dapat menjamu anak-anak yang sesekali balik...

Seminggu sebelum krismas, kawan hb ajak lagi pi bercuti kat banglo dia di Port Dickson. Kata orang rezeki jangan ditolak kan...
Ni kak tim letak gambar yang sempat diambil...





Gambar atas sekali tu ialah gambar pondok-pondok kecil yang dibina di halaman rumah tu..yang bestnya di sinilah tempat kami menjamu selera tak kiralah sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam...berseleranya makan ramai-ramai kat tempat terbuka macam tu..

selepas je menjamu selera..apalagi memasing terus terjun ke dalam kolam..
dan yang bawah sekali tu gambar jet ski yang sedang di cuci setelah di bawa pulang dari laut..dan di bawah tu pulak gambar motor yg menarik jet ski tu ke laut..
gambar masa main jet ski tu, maaf tak de sebab kak tim tak ikut diaorang pegi main.

12/11/08

KERBAU UNTUK KORBAN

Korban di tempat kak tim tahun ini dibuat pada 11/11/2008..
dan korban kali ni adalah seekor kerbau..tapi bukan kerbau yg biasa kita tengok kat sawah tu. Ni jenis lain kerbau sapi namanya..
Meh akak tunjuk gambarnya...rupa macam lembu kan..




Setelah disembelih, dilapah dan dibahagi-bahagi dagingnya (sorry gambar masa sembelih dan melapah akak tak de ye..)

Yang ada hanyalah gambar masa dah masak..masak memasak di tempat kak tim memang dilakukan kaum lelaki..kaum wanita cuma menyediakan bahan-bahannya aje..


ini pula rupa kulit dan usus tadi setelah dbersihkan..ni tengah rebus ni..


akhirnya perut lembu ni di buat sambal taun..


tulang dan dagingnya dibuat sop..
ada lagi satu lauk yang tak sempat kak tim ambil pic nya iaitu daging masak kuzi..
tapi nanti kak tim ngecek resipi dari ustaz yg buat tu dan tepek kat sini..he..he..

MENU AIDILADHA

ni menu aidiladha yang lalu untuk tatapan bersama..sepertimana biasa tiap-tiap tahun adik-beradik hb cuma berkumpul di rumah MIL kat Taman Melati dan bawa juadah memasing....

Tiada aktiviti istimewa..cuma makan dan borak-borak dari pagi sampai lewat petang



ni menu kak tim..



ni menu adik ipar..


ni pulak menu kakak ipar..