1/24/09

AHLI BARU KAT UMAH..

Anak bujang kak tim yang bongsu dok merengek-rengek minta izin nak bela hamster..
tapi akak buat tak tau je sebab takut dia tak terhebohkan..sedangkan belom bela pun, dah terlampau sibuk dengan aktiviti sekolah..

Tapi bila dia bagi alasan sunyi kat rumah..tak de teman, pastu takkanlah dia tak boleh nak berhobi..akak macam terfikir pulak..kesian juga dia memandangkan asyik duduk rumah je...apalah salahnya dia senang-senang hati seketika dengan hobi baru tu...maka bertambahlah bilangan ahli kat rumah akak dengan anak2 kecil ni..anak2 kecil ni dari baka roboroski..eh betul ke akak tulis ni..main ikut2 orang je ni..
Jom kita tengok..geram pulak..

CUPCAKES

Semenjak dua menjak ni hati berkobar-kobar pulak nak membuat cupcake dengan hiasannya.
Dah lah lama tak buat..tangan pun dah kaku. Jadi tu memang jadi tapi taklah secantik orang lain nyer..apa pun bolehlah...