3/20/09

JALAN2 CUCI MATA

Cuti sekolah dah bermula dan hampir tamat pun. Akak tak de la pegi bercuti mana-mana
pon sebab hb bertugas menjaga PTK..lagipun anak-anak di Universiti tak cuti cuma sekolah je yg cuti..so malas nak pegi mana-mana..

Ari ni hb dah selesai tugas, maka akak pon merancang-rancang nak merealisasikan impian..amboi berimpi-impi lagi tu..he..he..
Akak sebenarnya dah lama dengar dari kawan-kawan tentang nursery Waltex di Ulu Yam.
Teringinnya nak pegi..maukah hb ku membawaku ke sana..hmmm..
Puas dipujuk-pujuk, syukur alhamdulillah dia sudi akhirnya..

Memanglah Waltex ni syurga bagi penggemar-penggemar Phalaenopsis..berpinau mata dibuatnya. Terkedu tengok bunga yang bermacam-macam jenis dan warna..

Jom kita tengok..




3/13/09

gambar hobi baru lagi..

Alhamdulillah..dapat lagi akak berbicara di sini..masih belum abis dengan hobi baru..

Kali ni nak letak pic taman keseluruhannya..harap ada yang suka tengok dan jamu mata
walaupun tak seberapa..

Inilah rupa taman mini di pangsapuri akak..buat sekadar mengisi waktu yang terluang dan minat yg mendalam pada tanaman ni..

Yang dah berbunga, yang baru berputik dan yang baru keluar akar pun ada..itulah kepuasan bila kita memelihara pokok..ni orang yang minat je dapat memahaminya..

Selamat menjamu mata...




inilah sebahagian koleksi akak..ada lagi, nanti senang-senang akak upload lagi..
thanks banyak-banyak pada yg sudi singgah ke blog ni. Moga akak dapat berkongsi apa-apa saja yang akak lalui dan jalani di alam ini dengan semua orang..di sini, di blog yang serba kekurangan ni..

3/6/09

Hobi baru

Salam kenkawan sume...lama tak bercerita. La ni akak dah berjinak-jinak ngan hobi baru demi mengisi masa yang banyak terluang..
Hobi baru akak ialah menanam pokok orkid. Hobi bermula bila pergi bertandang ke rumah adik. Tengok banyak orkid dia yg berbunga cantik..berkenan pulak. Masa nak balik dia hulurkan akak dua pasu orkid jenis dendro yg tengah berbunga..sukanya akak.

Sampai rumah akak pun tukar ke pasu besar..bila tengok dua pasu je..macam ganjil pulak lalu ajak hubby ke nurseri orkid, tambah lagi koleksi. Ni kat umah dah ada lebih 20 pasu berbagai jenis.

Dan la ni dah masuk forum Home & Gardening bagi menambah lagi ilmu dalam penjagaan orkid. Ramai sifu-sifu orkid kat sini dan pelbagai ilmu diperturunkan. Ni dok berkira-kira nak tambah lagi koleksi dari pelbagai jenis..esok mungkin ke Nurseri orkid Bukit Changgang di Dengkil bersama seorang forumer orkid..dengar-dengar murah-murahnya orkid di sini dan banyak pilihannya..

Ok..ni akak share orkid-orkid yang berbunga kat rumah la ni..
Selamat menjamu mata...