11/30/09

CUTI-CUTI SAKIT MATA...


Dinamakan cuti-cuti sakit mata sebabnya terpaksa pergi bercuti melarikan diri..alasannya sakit mata. So akak dan family menyambut raya di perantauanlah kononnya walaupun bukanlah jauh mana..

Sebenarnya setiap tahun kami menyambut aidiladha dengan berkumpul semua ahli keluarga hubby dan membawa juadah masing-masing..berjumpa,bermesra dan bertanya khabar..itulah aktivitinya. Di samping tu menemani ibu mertua yang sakit lumpuh.

Tapi disebabkan kali ini akak dgn hubby kena sakit mata dan bimbang berjangkit pada ibu mertua dan anak2 buah yg tengah exam SPM, so kami lari pegi bercuti..
Itulah jadinya cuti-cuti sakit mata...hehehe..

Hajat hati pada asalnya ingin ke Bagan Lalang tapi biasalah kalau last minute baru nak booking hotel..tak ada yang kosong, semua penoh. Cari punya cari akhirnya dapatlah apartment di Pantai Seaview Resort Kuala Selangor. Memang tidak menghampakan apartment ni..cukup selesa dengan tiga bilik tidurnya, ruang makan,ruang tamu serta dapur. Berhampiran dengan laut tapi tidak sesuai untuk mandi manda..anak-anak tak kisah sebab kata mereka yang penting ada swimming pool untuk berendam.

Disebabkan tak mahu kelam kabut dan letih memasak waktu di sana so akak dah masak awal-awal juadah untuk hari raya memandangkan kami akan menyambut aidiladha di sana..
Menunya..kerutub daging, ayam masak merah,udang goreng nestum, kek coklat pisang dan ketupat segera. Kerutub daging akak masak awal-awal dan bekukan. Sampai aje di sana terus masuk freezer lagi. Pada malam raya baru keluarkan dan panaskan semula.
Seronok jugak kan sesekali beraya dengan kelainan macam tu..
Jom kita layan gambarnya..


pemandangan dari tingkat tujuh












pemandangan dalam apartment























11/16/09

Anak-anakku...

Arini melayan kerenah anak-anak..nak makan Marble Chocolate Cheesecake dengan Mac Cheese Puteri D..

Buat jugaklah walaupon penyakit M ada bertandang tapi demimu anak-anakku yang berkongsi menyambut hari lahir..

Jom kita tengok picnya yang simple sangat menunya..
nilah rupa kek birthdaynya



Macaroni n Cheese Puteri D favourite anak-anak...





inilah wajah anak kedua dan keempat yang berkongsi menyambut hari lahir kerana tarikh yang berdekatan..

11/14/09

Happy Birthday anak-anakku..


Bulan November adalah bulan kelahiran dua anakku..
Muhammad Hanis lahir pada 16 Nov. 1988 manakala Muhammad Hariz pula lahir pada 12 Nov. 1995.
SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU..

Hanis dah berusia 21 tahun, dah bujang anak mak makala sikecil Hariz berusia 14 tahun.

Dengan penuh kasih sayang mak doakan kalian sentiasa berjaya dalam perjuangan menimba ilmu untuk bekalan masa depan. Pelajaran adalah bekalan paling berharga buat bekalan masa depanmu nak..
Biarpun segunung harta tidak akan sama nilainya dengan pelajaran dan pengalaman yang kalian perolehi..

Di samping itu juga mak berdoa moga kalian menjadi insan yang sentiasa menuruti perintah Allah..insan soleh dunia dan akhirat.
Apalah yang paling membahagiakan seorang ibu apabila anak-anaknya mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat..amiiin..amin..amin..ya rabbal alamin..

Disebabkan sibuk, maka sambutan makan-makan sekeluarga akan dibuat pada hari Ahad ya..
Hari Jumaat lepas sibuk betul..pagi-pagi lagi kena siapkan tempahan 2 biji kek coklat siap dengan toppingnya. Sebelah petang pulak ada customer nak ambil baju yang ditempah. Sehari suntuk bertungkus lumus..Hari sabtu pon ada tempahan baju yang nak diambil so hari Ahad je yang free untuk family gathering..

Nanti kita buat jamuan keluarga then share pic kat sini ya..

Ok anak-anakku sekali lagi..SELAMAT HARI LAHIR dari mak..


wajah anak bongsuku - Muhammad Hariz

wajah anak kedua - Muhammad Hanis

wajah kedua-duanya..

melodi pilu


kali ini nak cuba bersajak pulak..dah lama tinggalkan dunia sajak, berpuluh-puluh tahun dulu. Tak taulah boleh ke tidak lagi menulis..ni cuba-cuba je. Sajak ini hanya mainan perasaan..tiada kena mengena dengan sesape yang masih hidup ataupun yang telah mati. Harap maklum..hehehe.


aku seharusnya pasrah
akan peristiwa ini
biar luka, biar pedih
aku harus pasrah
akan suratanNya..

sehingga saat dan tika ini
aku masih terus mencuba
sedaya upayaku
yang masih lemah
untuk terus berdiri dan berlari..

semalam...
masih terbayang nostalgia lalu
berbunyi..

andai kau membisu
tanpa kata bicara
aku masih setia di sini
untuk mendengarnya

andai tiada perasaanmu di saat ini
di sini aku masih merasakannya..

biarpun mentari enggan bersinar
biarpun irama tiada lagunya
aku masih tetap berdiri di sini...menanti...

namun penantian
berakhir sudah
aku pasrah lagi
ketentuannya Ilahi...

Ya Rabbi, Ya Ilahi
kuatlah aku, tabahkanlah aku
menghadapinya...
biar hancur, biar luluh hati
aku pasti
AKU PASRAH KINI...

11/4/09

Sepetang bersama Chef Wan..


Aduhai..betapalah menjadi kenangan yang terindah dengan tajuk di atas..
Minat akak yang mendalam di bidang masakan,menjadikan akak pengikut setia segala aktiviti chef yang bertaraf dunia ni..
CHEF WAN - sebuah nama yang amat besar dalam dunia masakan. Kejayaan demi kejayaan ditempah tanpa ragu-ragu lagi.

Sesungguhnya akak teramat kagum dengan sejarah anak bangsa sepertinya yang bermula dari bawah sehingga menjulang nama di puncak kejayaan..
Bangganya melihat semangatnya yang kental, tidak mudah mengalah dan penuh keyakinan..moga menjadi contoh terbaik pada anak-anak remaja kita..

Pada hari Sabtu, 31 Oktober yang lalu akak berkesempatan menghadiri program masakan Chef Wan iaitu Malaysian Asean Heritage Trail With Chef Wan di Lot 10.Pada hari tu Chef Wan digandingkan dengan Chef Florence mempromosikan masakan Malaysia..sempatlah akak merasa bubur nasi yang di sediakan oleh Chef Wan..mmmmmm memang sedap..

Berhadapan dengan Chef Wan sungguh membuat akak terpegun. Walaupun sudah menjadi insan terkenal, bernama besar dan berkedudukan tinggi tapi dia tetap seperti seorang yang biasa saja - ramah dan mesra menegur tetamu yang hadir tanpa mengira kaum dan bangsa.

Padan benarlah dia mendapat anugerah Chef Selebriti Terbaik Dunia..
Tahniah Chef Wan..semoga terus berjaya..