10/13/10

KONVO UTM SKUDAI 2010

Salam pada semua...
Lamanya akak tak updated blog ni, dah bersawang dan penuh abuk sana sini.
Alasannya sibuk pastu ada penyakit MMMMMMM dengan banyaknya dok bertenggek dalam badan ni..hehehe

Arini dengan usaha yang gigih dan semangat yang sedikit berkobar..(sebenarnya sikit je)akak bangun untuk menulis..cewaaah kononnya.

Kali ni nak cerita pasal majlis konvokesyen anak akak di UTM Skudai, JB. Dah selesai lah pencarian ilmu anak kedua akak Hanis dalam bidang Sains Fizik selama 31/2 tahun.
Sekarang ni tengah sibuk cari kerja sana sini..susah jugak ya kalau ada degree pon nak cari keje. Sesape ada dengar keje kosong tak? eh..ni nak tulis blog ke nak cari keje? sambil-sambil lah kan.. Sambil menyelam sambil minum air kata orang.

Majlis konvo tu jatuh pada 28 Sep 2010 jadi akak bertolak dari KL 27 Sept. Bermalam di Hotel Embassy JB..jauh jugak dari universiti ke hotel ni, terpaksalah bertolak awal pagi ke UTM ari konvo tu.

Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah telah berlaku pada hari konvokesyen ni..
Pertama tentulah peristiwa penerimaan ijazah anak kedua akak ni dan yang keduanya sebaik saja akak keluar dari dewan konvokesyen aritu, anak akak yang ketiga pula menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat penerbitan memberitahu bahawa novel yang ditulis oleh anak akak telah lulus dan akan diterbitkan.
Alhamdulillah...sebanyak-banyak syukur akak ucapkan padaNya yang menganugerahkan kejayaan buat anak-anak akak..terasa kerdilnya diri ini di sisimu ya Allah..Engkaulah yang Maha Berkuasa..

Sebenarnya ini adalah novel pertama anak akak..apabila dihantar dan selepas empat hari saja telah diluluskan..agak tertanya-tanya jugak.

Berbalik pada bakat anak ni..nasib baiklah akak dan suami cepat sedar dengan bakat yang ada padanya. Di waktu orang lain sibuk memilih jurusan yang terbaik uuntuk anak-anak, di waktu inilah kami meneliti dan mendalami jiwa anak kami. Dia lebih cenderung dalam bidang penulisan tidak seperti abang dan adiknya yang minat sains dan matematik.
Disebabkan kenderungannyalah kami memberi dia kebebasan untuk memilih jurusannya sendiri. Dia memilih untuk membuat Diploma Penulisan Skrip di UITM Puncak Perdana.
Dan kini di tahun akhir..selain berdoa akak selalu menasihati dia untuk mencipta nama supaya mudah menapak di bidang ni..
Alhamdulillah tidak sia-sia usaha kami di samping bakat yang Allah berikan.
Begitulah ceritanya entry kali ni..

Jom kita layan pic masa konvo aritu...


sejurus keluar dari dewan konvo


bersama mak dan babah


bersama adik-adik yang turut mengambil berkat


bersama rakan seperjuangan, Fadzil dari Sarawak


bersama teman-teman


wajah-wajah riang dan ceria bila impian tercapai