10/30/11

KONVO LAGI


Salam..salam buat semua. Kali ni nak bercerita pasal konvokesyen lagi. Anak akak yang ketiga yg telah tamat belajar di UITM Puncak Perdana, S.Alam. Konvo nya pada hari Khamis 27 Oct 2011. Sesuai dengan minatnya dia mengambil jurusan penulisan.

Syukur Alhamdulillah akak panjatkan pada Allah yg maha agong kerana pemberian demi pemberian diberi pada kami..walau kecil, walau besar..kami sentiasa bersyukur ya Allah.
Moga kami dapat menerima apa jua pemberianmu dengan penuh kesyukuran ya Allah..

Selang beberapa minggu sebelum konvo, novel anak akak telah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan yang terkenal iaitu ALAF21. Novel ni diterbitkan dengan nama penanya HAFIMI HUZIN. Tajuknya SATU-SATUNYA CINTA.
Jadi semasa konvokesyen baru-baru ni dua kegembiraan telah kami sekeluarga raikan..kejayaan menghasilkan novel di samping kegembiraan meraih diploma..syukur padamu ya Allah.

Cerita banyak-banyak pon boring gak..jom kita share gambonya..


wajah ceria sejurus keluar dari dewan konvo


bersama mak dan babah



sedang memegang novelnya


bersama abang kedua


bersama adik bongsu


bersama mak nya..

5/30/11

KEK UNTUK GURU-GURU


Alkisah tentang permintaan dua bujang ketiga dan keempat..Yang ketiga minta buatkan cupcake untuk pensyarahnya yang sangat baik hati katanya. Demi untuk pensyarah tersayang dia minta buatkan kerana ini merupakan tahun akhir dia belajar di situ.

Pensyarahnya seorang wanita dan keknya pula tentulah yang melambangkan kelembutan seorang wanita..
Jom kita tengok gambar kek nya..





Permintaan anak bongsu pulak ialah Marble Choc Cheesecake khas sempena buat guru B. Inggerisnya yang akan bertukar..
Jom kita layan gambar kek nya..




Dan akhir sekali ialah permintaan cupcake untuk sambutan Hari Guru pada 16 Mei yg lalu..


5/29/11

Roti Kentang Gebu

Hati memang teruja sangat nak mencuba resepi roti ni walaupon badan tak berapa sihat.
Almaklumlah bila terkena demam selsema. Seluruh anggota terasa sakit. Begitu jugak sendi-sendi di seluruh tubuh..semuanya sakit habis. Bila aje sendi-sendi sakit, mula terasa bimbang kalau-kalau diri akak ni terkena demam denggi.
Akhirnya pergi pula Klinik Kesihatan untuk dapatkan kepastian. Menurut doktor demam dah nampak kurang tapi kalau demam berbalik atau berterusan dia minta akak datang ke klinik semula untuk membuat pemeriksaan darah.
Alahmdulillah selepas itu demam terus berkurangan dan hilang perlahan-lahan walaupon tinggal keletihannya saja.
Tu lah dalam keletihan tu sempatlah jugak melayan tekak membuat Bun Kentang..jom kita lihat hasilnya..

12/16/10

Cuti Sekolah


Dah hampir habis pun cuti sekolah. Tapi cuti kali ni macam tak ada apa-apa yang menarik. Cuaca yang tak menentu, anak-anak pulak busy dengan hal masing-masing menjadikan cuti kali ni memboringkan.

Yang ada pun hanyalah menghadiri jemputan-jemputan kahwin sepanjang bulan Nov dan Disember ni..

Setakat ni belum habis lagi majlisnya..saban minggu ada. Kadang-kadang terpaksa berkejar memenuhinya dan kadang pulak terpaksa pilih-pilih yang dekat saja.

Antaranya....

Perkahwinan anak buah hubby di Mentakab






10/13/10

KONVO UTM SKUDAI 2010

Salam pada semua...
Lamanya akak tak updated blog ni, dah bersawang dan penuh abuk sana sini.
Alasannya sibuk pastu ada penyakit MMMMMMM dengan banyaknya dok bertenggek dalam badan ni..hehehe

Arini dengan usaha yang gigih dan semangat yang sedikit berkobar..(sebenarnya sikit je)akak bangun untuk menulis..cewaaah kononnya.

Kali ni nak cerita pasal majlis konvokesyen anak akak di UTM Skudai, JB. Dah selesai lah pencarian ilmu anak kedua akak Hanis dalam bidang Sains Fizik selama 31/2 tahun.
Sekarang ni tengah sibuk cari kerja sana sini..susah jugak ya kalau ada degree pon nak cari keje. Sesape ada dengar keje kosong tak? eh..ni nak tulis blog ke nak cari keje? sambil-sambil lah kan.. Sambil menyelam sambil minum air kata orang.

Majlis konvo tu jatuh pada 28 Sep 2010 jadi akak bertolak dari KL 27 Sept. Bermalam di Hotel Embassy JB..jauh jugak dari universiti ke hotel ni, terpaksalah bertolak awal pagi ke UTM ari konvo tu.

Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah telah berlaku pada hari konvokesyen ni..
Pertama tentulah peristiwa penerimaan ijazah anak kedua akak ni dan yang keduanya sebaik saja akak keluar dari dewan konvokesyen aritu, anak akak yang ketiga pula menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat penerbitan memberitahu bahawa novel yang ditulis oleh anak akak telah lulus dan akan diterbitkan.
Alhamdulillah...sebanyak-banyak syukur akak ucapkan padaNya yang menganugerahkan kejayaan buat anak-anak akak..terasa kerdilnya diri ini di sisimu ya Allah..Engkaulah yang Maha Berkuasa..

Sebenarnya ini adalah novel pertama anak akak..apabila dihantar dan selepas empat hari saja telah diluluskan..agak tertanya-tanya jugak.

Berbalik pada bakat anak ni..nasib baiklah akak dan suami cepat sedar dengan bakat yang ada padanya. Di waktu orang lain sibuk memilih jurusan yang terbaik uuntuk anak-anak, di waktu inilah kami meneliti dan mendalami jiwa anak kami. Dia lebih cenderung dalam bidang penulisan tidak seperti abang dan adiknya yang minat sains dan matematik.
Disebabkan kenderungannyalah kami memberi dia kebebasan untuk memilih jurusannya sendiri. Dia memilih untuk membuat Diploma Penulisan Skrip di UITM Puncak Perdana.
Dan kini di tahun akhir..selain berdoa akak selalu menasihati dia untuk mencipta nama supaya mudah menapak di bidang ni..
Alhamdulillah tidak sia-sia usaha kami di samping bakat yang Allah berikan.
Begitulah ceritanya entry kali ni..

Jom kita layan pic masa konvo aritu...


sejurus keluar dari dewan konvo


bersama mak dan babah


bersama adik-adik yang turut mengambil berkat


bersama rakan seperjuangan, Fadzil dari Sarawak


bersama teman-teman


wajah-wajah riang dan ceria bila impian tercapai

8/5/10

MISHA OMAR


Beberapa waktu yang lalu (dah lupa tarikh sebenarnya), anak bujang ketiga akak telah pergi menonton teater Uda Dan Dara yang dilakonkan oleh Misha Omar. Si bujang ni pegi atas tiket sebagai pelajar Penulisan Skrip yang dijalani di UITM Puncak Perdana, Shah Alam.

Balik dari tengok teater ni sibuk lah bercerita pada adik nya tentang Misha Omar yang jelita tu. Tambahan pula si adik memang minat abis dengan pelakon dan penyanyi Misha Omar ni..tak abis dengan cerita je..sempat pula bergambar bersama Misha.





bukan main lagi anakku berposing dengan si Misha..

7/16/10

REUNION WARGA SMDB 1978/1979


Tarikh 10 Julai 2010 merupakan hari yang paling bermakna buat aku dan rakan-rakan yang rata-ratanya di lahirkan sekitar tahun 1961/1962.Pada tarikh ini kami telah ditemukan semula setelah hampir 32 tahun meninggalkan alam persekolahan. Jutaan terima kasih di ucapkan pada AJK yang telah berusaha menjayakan REUNION 1978/1979 ini..memang meriah sangat. Tahniah sekali lagi AJK-AJK nya..

Perjumpaan ini telah berlangsung di Dewan Rakan Muda, Kemunting..lamanya akak tak balik, dah macam2 ada kat kawasan ni.Turut hadir sama ialah guru-guru yang telah banyak berjasa dan berbakti pada kami masa menuntut di SMDB dulu. Terima kasih banyak-banyak cik gu..jasamu tetap akan dikenang disamping segala kenangan bersama akan tetap kukuh tersimpan di lipatan sanubari..insyaAllah panjang umur pasti kita berjumpa lagi..

Kawan dan rakan..biar pun 32 tahun telah berpisah..bila bertemu masih terasa kasih dan kemesraanmu. Tak dapat nak dibayangkan apa dan bagaimana perasaan ini..Hanya Allah yang mengetahui kerana Dia yang mengurniakan perasaan yang istimewa ini pada kita. Alangkah bertuahnya kita. Marilah sama-sama kita menghargai dan mengukuhkan ikatan ini kawan-kawan..

Akak memang dah lama tak balik ke Taiping..lebih 10 - 15 tahun rasanya. Alasannya sudah tiada waris yang tinggal di sana. Namun Taiping tidak pernah luput dari ingatan..tempat bermain lah katakan..Sekali akak pulang ke Taiping..sekali menghirup udaranya..sepantas itulah segala kenangan lama di Taiping terbayang. Walaupun Taiping dah banyak berubah namun udaranya masih akak kenal seperti dulu-dulu..masih sinonim, masih akrab dengan akak walau dah lama ditinggalkan..

Untuk mengukuhkan ingatan yang sedia ada..akak nak share gambar-gambar kenangan bersama di REUNION tempoh hari..kawan-kawan..simpanlah kenangan kita moga menjadi memori yang amat berharga dan indah untuk dikenang..

antara AJK dari tahun 1978

Razak sedang membacakan doa di awal majlis

Cik gu Bakar Ali, guru seni lukis dan juga guru pengawas


Cik gu Shariah guru Pandu Puteri akak

beramah mesra dgn cik gu Normah dan cik gu Hasiah

Dr. Wahinuddin, Ketua murid 1978 sedang memberi ucapan

gadis remaja suatu masa dahulu yg kini telah bergelar ibu

rakan seperjuangan

Nasir, Nazri dan Razak sedang membelek gambar2 lama

gelak ketawa bersama..

bersama Cik gu Jaafar

meja yg sentiasa riuh, sama macam dalam kelas 32 tahun dulu

Nazri yang tak jemu2 melayan tetamu sebab dia solo malam tu..



wajah-wajah riang bergambar kenangan sebelum berpisah

6/23/10

POST YANG TERPENDAM

Salam sejahtera pada semua..
Hahaha..post pon boleh terpendam..ingatkan hati dan perasaan je yg terpendam.
Post yang terpendam ni maknanya post yang masih ada di ingatan cuma belum berkesempatan untuk dipaparkan.

So inilah dia 'MY FIRST EDIBLE IMAGE CAKE' yang ditempah oleh anak buah..
Dahlah first time buat..tempah sampai dua biji, tak agak-agak anak buah akak ni..
tapikan inilah peluang untuk merealisasikan bakat yang terpendam..bukan terendam.

Dan ini lah hasil yang tidak sepertinya sekadar menunaikan hajat cucu buah..eh korang faham tak ni (cucu buah ni adalah istilah bagi anak kepada anak buah).
Istilah ni sebenarnya disebut oleh anak-anak akak masa kecil dulu..
Katanya kalau ada anak buah mestilah ada cucu buah..hahaha..

Jom kita layan picture kek Ultraman yg di rengek-rengek sangat oleh cucu buah tadi..hihihi







5/23/10

CUPPIES for teachers


Akak buat cuppies ni atas permintaan suami..dia nak bawa pi sekolah masa jamuan.
Dia beritau akak pukul 10 pagi masa kat kedai bakery..dia nak kek tu dalam pukul 4 petang.

Apalagi akak pun macam lipas kudung lah lepas tu..sebab kek-kek tu mesti di sejukkan dulu sebelum diletak icing..jadi memang kena ambil masa untuk sejukkannya. Tapi akhirnya alhamdulillah dapat juga akak siapkan..
Jom kita tengok rupanya...