2/9/09

Bercuti ke Trolak

Lamanya sungguh kak tim tak update blog ni.
macam-macam alasan ada..busy lah dengan macam-macam hal dan yang paling serius sekali line internet kat sini buat hal-sakit, ni pun ada sikit-sikit semputnya lagi...

Kali ni nak bercerita pasal pegi bercuti ke rumah biras di Trolak..bestnya la sangat..
biras ni seorang usahawan kampung yang berjaya...tabah dan cekal sungguh dia, terpukau akak dan hb bila dia bercerita tentang kejayaannya yang bermula dari peringkat yang penuh kesulitan sehinggalah sampai ke tahap ni..tahap yang sungguh membanggakan anak bangsa kita..

Bila tengok kejayaan dia..terfikir dek akal kita, betapa kaya dan bertuahnya bumi Malaysia kita ni..tiada alasan untuk tidak boleh majukan diri asalkan sanggup bersusah payah sikit kalau tubuh badan sihat diberi Allah..issyy banyak pulak celoteh kak tim ari ni..

Ni biras yang kak tim kata ni bermula dari sikit-sikit..mula meneroka ladang getah, habis getah kelapa sawit pulak kemudian berternak lembu kecil-kecilan, di samping kambing dan kini sedang hebat mengusahakan kolam ikan..bangganya kak tim tengok seorang anak bangsa yang tidak berpelajaran tinggi bijak mengambil langkah-langkah positif dan peluang yang ada..

Seronok dan leka mendengar pengalaman susah senang dia masa lalu..
Lembunya kini berjumlah lebih 40 ekor sementara kambingnya pulak lebih 100 ekor.
Lembu dan kambingnya ni bukan sembarangan, semuanya baka dari luar negara..ikan di kolam pulak kini menjadi hasil pendapatan yang lumayan..
Semoga ini dapat menjadi contoh kepada anak bangsa yang lain untuk maju..

Ni gambar suasana kolam ikannya..tapi sayang gambar kambing dan lembu tak dapat dikongsi kali ni..nanti lenkali insyaallah ya..




Inilah rupa hasil tangkapan kami untuk menjamu selera pada malamnya...yang istimewanyanya ikan ni tiada bau hanyir pun langsung kerana menurut tuan punya kolam...kolamnya bukan menggunakan air takungan sebaliknya dia telah membuat saluran bagi air mengalir ke kolam dan sebaliknya juga..
Hai..sedap betul rasa ikan yang baru naik dari air...fresh lagi..

0 comments: