Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

6/23/10

POST YANG TERPENDAM

Salam sejahtera pada semua..
Hahaha..post pon boleh terpendam..ingatkan hati dan perasaan je yg terpendam.
Post yang terpendam ni maknanya post yang masih ada di ingatan cuma belum berkesempatan untuk dipaparkan.

So inilah dia 'MY FIRST EDIBLE IMAGE CAKE' yang ditempah oleh anak buah..
Dahlah first time buat..tempah sampai dua biji, tak agak-agak anak buah akak ni..
tapikan inilah peluang untuk merealisasikan bakat yang terpendam..bukan terendam.

Dan ini lah hasil yang tidak sepertinya sekadar menunaikan hajat cucu buah..eh korang faham tak ni (cucu buah ni adalah istilah bagi anak kepada anak buah).
Istilah ni sebenarnya disebut oleh anak-anak akak masa kecil dulu..
Katanya kalau ada anak buah mestilah ada cucu buah..hahaha..

Jom kita layan picture kek Ultraman yg di rengek-rengek sangat oleh cucu buah tadi..hihihi







11/16/09

Anak-anakku...

Arini melayan kerenah anak-anak..nak makan Marble Chocolate Cheesecake dengan Mac Cheese Puteri D..

Buat jugaklah walaupon penyakit M ada bertandang tapi demimu anak-anakku yang berkongsi menyambut hari lahir..

Jom kita tengok picnya yang simple sangat menunya..
nilah rupa kek birthdaynya



Macaroni n Cheese Puteri D favourite anak-anak...





inilah wajah anak kedua dan keempat yang berkongsi menyambut hari lahir kerana tarikh yang berdekatan..

11/14/09

Happy Birthday anak-anakku..


Bulan November adalah bulan kelahiran dua anakku..
Muhammad Hanis lahir pada 16 Nov. 1988 manakala Muhammad Hariz pula lahir pada 12 Nov. 1995.
SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU..

Hanis dah berusia 21 tahun, dah bujang anak mak makala sikecil Hariz berusia 14 tahun.

Dengan penuh kasih sayang mak doakan kalian sentiasa berjaya dalam perjuangan menimba ilmu untuk bekalan masa depan. Pelajaran adalah bekalan paling berharga buat bekalan masa depanmu nak..
Biarpun segunung harta tidak akan sama nilainya dengan pelajaran dan pengalaman yang kalian perolehi..

Di samping itu juga mak berdoa moga kalian menjadi insan yang sentiasa menuruti perintah Allah..insan soleh dunia dan akhirat.
Apalah yang paling membahagiakan seorang ibu apabila anak-anaknya mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat..amiiin..amin..amin..ya rabbal alamin..

Disebabkan sibuk, maka sambutan makan-makan sekeluarga akan dibuat pada hari Ahad ya..
Hari Jumaat lepas sibuk betul..pagi-pagi lagi kena siapkan tempahan 2 biji kek coklat siap dengan toppingnya. Sebelah petang pulak ada customer nak ambil baju yang ditempah. Sehari suntuk bertungkus lumus..Hari sabtu pon ada tempahan baju yang nak diambil so hari Ahad je yang free untuk family gathering..

Nanti kita buat jamuan keluarga then share pic kat sini ya..

Ok anak-anakku sekali lagi..SELAMAT HARI LAHIR dari mak..


wajah anak bongsuku - Muhammad Hariz

wajah anak kedua - Muhammad Hanis

wajah kedua-duanya..

10/8/09

Birthday lagi..


Selang seminggu lepas raya, anak buah akak pulak sambuat hari jadi yang ke 7 tahun.
Tak tau apa nak bagi so akak buatkan kek patung Barbie untuk birthday girl..amboi lebar betul senyumnya nampak kek tu...
HAPPY BIRTHDAY ARISSYA..Semoga menjadi insan berguna di masa hadapan.



8/7/09

BIRTHDAY LAGI..ADIBA SOFEA..

Lamanya akak tak update blog ni..apa alasan kali ni eh?
he..he..he..busy jugaklah..bulan puasa tak lama lagi akan menjelma pastu sudah tentulah kita akan beraya.

Seperti lazimnya sebagai seorang tukang jahit saat-saat inilah yang paling sibuk..
tempahan dah menimbun..ni pon dah start berjaga malam, bukannya apa akak ni memang suka menjahit waktu malam sebabnya malam kurang gangguan..

Eh..citer lain pulak..sebenarnya tadi nak citer pasal birthday Adiba Sofea, anak jiran akak..umurnya 6 tahun. Dia ni rapat benar dengan keluarga kami sebab akak 'bela' dia dari kecil tambahan pula akak tak de anak perempuan..
Betul ke penggunanaan perkataan 'bela'ni sebab Adiba Sofea selalu komplen "mak timah, bela tu macam bela anak kucing je"..bila akak beritahu dia dah besar Adiba ni mak timah bela dari kecik. Kelako la pulok anak dara cek ni..

Sebelum tiba birthdaynya, akak tanya Adiba nak kek apa..dia nak kek anak patung Barbie..amboi mencabar nya sebab akak lom pernah buat kek ni tapi atas kasih sayang yang melimpah pada anak dara sorang ni akak terjah pi Bake Yen Chow Kit cari acuan kek tu..maka tercapailah juga hasrat hati akak dan Adiba Sofea..
jom kita tengok gaya si Barbie ni beraksi.





dan inilah rupa anak dara yang menyambut birthday tu..
HAPPY BIRTHDAY ADIBA SOFEA...Moga jadi insan yang berguna dan solehah di masa hadapan.

6/21/09

Happy Birthday To Me and Izzat..

Kali ini tiada cerita yang menarik rasanya..cuma kisah sambutan harijadi je..

Semalam kak tim dan adik ipar and family buat sambutan harijadi...harijadi Izzat dan kak tim..isyyy malunya dah tua-tua sambut harijadi..

Ni gara-gara si Izzat lah yang beria-ria ajak akak share birthday dengan dia..sebab tarikh hari lahir kami sangat berdekatan..he..he..he..
so buatlah majlis kecil-kecilan untuk puaskan hati dia..akak besa2 je..maklumlah dah tua kan..

Kak tim sempat buat kek coklat,marble kek dan dadih untuk hari tu..
menu-menu lain adik ipar yang sediakan tapi macam biasa akak lupa nak snap picture..

Cuma ni aje gambar yang kak tim dapat share...he..he..he..jangan gelak tau..



ni la rupanya birthday cake yang di bikin sendiri..



inilah wajah dua insan yang berkongsi majlis harijadi tu...kelakar kan..



ni pulak pic ibu mertua akak dan yang tersenyum simpul tu anak angkat akak..

itu saja gambar yang ada sebab jurugambarnya dah malas nak ambil gambar..
jadi itu sajalah cerita kak tim untuk memeriahkan blog kali ini..