Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

5/23/10

CUPPIES for teachers


Akak buat cuppies ni atas permintaan suami..dia nak bawa pi sekolah masa jamuan.
Dia beritau akak pukul 10 pagi masa kat kedai bakery..dia nak kek tu dalam pukul 4 petang.

Apalagi akak pun macam lipas kudung lah lepas tu..sebab kek-kek tu mesti di sejukkan dulu sebelum diletak icing..jadi memang kena ambil masa untuk sejukkannya. Tapi akhirnya alhamdulillah dapat juga akak siapkan..
Jom kita tengok rupanya...















5/19/10

CUPCAKE LAGI...


Semalam akak wat cupcake lagi..kali ini sempena celebrate 1 year our poco-poco kelas.
Pada sebelah paginya akak pegi Bakewell Sri Gombak untuk beli bahan-bahan..suka merayau-rayau kat kedai ni sebab ada banyak barang bakery..

Akhirnya selain dari bahan yg diperlukan, akak juga membeli nozzle yg dah lama akak inginkan tapi selalu tak de stok. Sampai je rumah, apa lagi terus bake cupcake sebab tangan dah gatal nak decorate guna nozzle baru..

Taraaa...nilah hasilnya..suka sangat. Malamnya akak bawa gi kelas poco-poco..
Jom kita layan pic nya...















3/26/10

CUPCAKE SEBAGAI BUAH TANGAN


Nampaknya kali ini tak de banyak cerita yang nak dikongsi bersama..hanya sedikit hasil tangan akak yang baru belajar berjinak-jinak menghias cupcake menggunakan fondant..alhamdulillah menjadi juga akhirnya..

Thanks to kawan-kawan yg share resepi di alam cyber ni dan juga dengan pelbagai petua yg diberi..
Sebenarnya cupcake ini ditempah khas oleh anak buah akak pada hari perkahwinannya untuk diberi kepada pihak pengantin lelaki sebabgai buah tangan..

Jom layan pic nya..



Dan akak juga nak share pic oat cookies berhiaskan fondant sebagai hantaran..masih bertemakan merah putih seperti yg dikehendaki pengantin perempuan..

1/24/09

CUPCAKES

Semenjak dua menjak ni hati berkobar-kobar pulak nak membuat cupcake dengan hiasannya.
Dah lah lama tak buat..tangan pun dah kaku. Jadi tu memang jadi tapi taklah secantik orang lain nyer..apa pun bolehlah...




11/11/08

CHOCOLATE OIL CAKE




Ini adalah salah satu cupcake yg pernah kak tim cuba. Resepinya adalah dari forum koleksi resepi pilihan diana..Kek ni mudah untuk dibuat dan rasa kecoklatannya sangat terserlah.

CHOCOLATE OIL CAKE

Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak