Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

10/13/10

KONVO UTM SKUDAI 2010

Salam pada semua...
Lamanya akak tak updated blog ni, dah bersawang dan penuh abuk sana sini.
Alasannya sibuk pastu ada penyakit MMMMMMM dengan banyaknya dok bertenggek dalam badan ni..hehehe

Arini dengan usaha yang gigih dan semangat yang sedikit berkobar..(sebenarnya sikit je)akak bangun untuk menulis..cewaaah kononnya.

Kali ni nak cerita pasal majlis konvokesyen anak akak di UTM Skudai, JB. Dah selesai lah pencarian ilmu anak kedua akak Hanis dalam bidang Sains Fizik selama 31/2 tahun.
Sekarang ni tengah sibuk cari kerja sana sini..susah jugak ya kalau ada degree pon nak cari keje. Sesape ada dengar keje kosong tak? eh..ni nak tulis blog ke nak cari keje? sambil-sambil lah kan.. Sambil menyelam sambil minum air kata orang.

Majlis konvo tu jatuh pada 28 Sep 2010 jadi akak bertolak dari KL 27 Sept. Bermalam di Hotel Embassy JB..jauh jugak dari universiti ke hotel ni, terpaksalah bertolak awal pagi ke UTM ari konvo tu.

Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah telah berlaku pada hari konvokesyen ni..
Pertama tentulah peristiwa penerimaan ijazah anak kedua akak ni dan yang keduanya sebaik saja akak keluar dari dewan konvokesyen aritu, anak akak yang ketiga pula menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat penerbitan memberitahu bahawa novel yang ditulis oleh anak akak telah lulus dan akan diterbitkan.
Alhamdulillah...sebanyak-banyak syukur akak ucapkan padaNya yang menganugerahkan kejayaan buat anak-anak akak..terasa kerdilnya diri ini di sisimu ya Allah..Engkaulah yang Maha Berkuasa..

Sebenarnya ini adalah novel pertama anak akak..apabila dihantar dan selepas empat hari saja telah diluluskan..agak tertanya-tanya jugak.

Berbalik pada bakat anak ni..nasib baiklah akak dan suami cepat sedar dengan bakat yang ada padanya. Di waktu orang lain sibuk memilih jurusan yang terbaik uuntuk anak-anak, di waktu inilah kami meneliti dan mendalami jiwa anak kami. Dia lebih cenderung dalam bidang penulisan tidak seperti abang dan adiknya yang minat sains dan matematik.
Disebabkan kenderungannyalah kami memberi dia kebebasan untuk memilih jurusannya sendiri. Dia memilih untuk membuat Diploma Penulisan Skrip di UITM Puncak Perdana.
Dan kini di tahun akhir..selain berdoa akak selalu menasihati dia untuk mencipta nama supaya mudah menapak di bidang ni..
Alhamdulillah tidak sia-sia usaha kami di samping bakat yang Allah berikan.
Begitulah ceritanya entry kali ni..

Jom kita layan pic masa konvo aritu...


sejurus keluar dari dewan konvo


bersama mak dan babah


bersama adik-adik yang turut mengambil berkat


bersama rakan seperjuangan, Fadzil dari Sarawak


bersama teman-teman


wajah-wajah riang dan ceria bila impian tercapai

7/16/10

REUNION WARGA SMDB 1978/1979


Tarikh 10 Julai 2010 merupakan hari yang paling bermakna buat aku dan rakan-rakan yang rata-ratanya di lahirkan sekitar tahun 1961/1962.Pada tarikh ini kami telah ditemukan semula setelah hampir 32 tahun meninggalkan alam persekolahan. Jutaan terima kasih di ucapkan pada AJK yang telah berusaha menjayakan REUNION 1978/1979 ini..memang meriah sangat. Tahniah sekali lagi AJK-AJK nya..

Perjumpaan ini telah berlangsung di Dewan Rakan Muda, Kemunting..lamanya akak tak balik, dah macam2 ada kat kawasan ni.Turut hadir sama ialah guru-guru yang telah banyak berjasa dan berbakti pada kami masa menuntut di SMDB dulu. Terima kasih banyak-banyak cik gu..jasamu tetap akan dikenang disamping segala kenangan bersama akan tetap kukuh tersimpan di lipatan sanubari..insyaAllah panjang umur pasti kita berjumpa lagi..

Kawan dan rakan..biar pun 32 tahun telah berpisah..bila bertemu masih terasa kasih dan kemesraanmu. Tak dapat nak dibayangkan apa dan bagaimana perasaan ini..Hanya Allah yang mengetahui kerana Dia yang mengurniakan perasaan yang istimewa ini pada kita. Alangkah bertuahnya kita. Marilah sama-sama kita menghargai dan mengukuhkan ikatan ini kawan-kawan..

Akak memang dah lama tak balik ke Taiping..lebih 10 - 15 tahun rasanya. Alasannya sudah tiada waris yang tinggal di sana. Namun Taiping tidak pernah luput dari ingatan..tempat bermain lah katakan..Sekali akak pulang ke Taiping..sekali menghirup udaranya..sepantas itulah segala kenangan lama di Taiping terbayang. Walaupun Taiping dah banyak berubah namun udaranya masih akak kenal seperti dulu-dulu..masih sinonim, masih akrab dengan akak walau dah lama ditinggalkan..

Untuk mengukuhkan ingatan yang sedia ada..akak nak share gambar-gambar kenangan bersama di REUNION tempoh hari..kawan-kawan..simpanlah kenangan kita moga menjadi memori yang amat berharga dan indah untuk dikenang..

antara AJK dari tahun 1978

Razak sedang membacakan doa di awal majlis

Cik gu Bakar Ali, guru seni lukis dan juga guru pengawas


Cik gu Shariah guru Pandu Puteri akak

beramah mesra dgn cik gu Normah dan cik gu Hasiah

Dr. Wahinuddin, Ketua murid 1978 sedang memberi ucapan

gadis remaja suatu masa dahulu yg kini telah bergelar ibu

rakan seperjuangan

Nasir, Nazri dan Razak sedang membelek gambar2 lama

gelak ketawa bersama..

bersama Cik gu Jaafar

meja yg sentiasa riuh, sama macam dalam kelas 32 tahun dulu

Nazri yang tak jemu2 melayan tetamu sebab dia solo malam tu..



wajah-wajah riang bergambar kenangan sebelum berpisah

11/30/09

CUTI-CUTI SAKIT MATA...


Dinamakan cuti-cuti sakit mata sebabnya terpaksa pergi bercuti melarikan diri..alasannya sakit mata. So akak dan family menyambut raya di perantauanlah kononnya walaupun bukanlah jauh mana..

Sebenarnya setiap tahun kami menyambut aidiladha dengan berkumpul semua ahli keluarga hubby dan membawa juadah masing-masing..berjumpa,bermesra dan bertanya khabar..itulah aktivitinya. Di samping tu menemani ibu mertua yang sakit lumpuh.

Tapi disebabkan kali ini akak dgn hubby kena sakit mata dan bimbang berjangkit pada ibu mertua dan anak2 buah yg tengah exam SPM, so kami lari pegi bercuti..
Itulah jadinya cuti-cuti sakit mata...hehehe..

Hajat hati pada asalnya ingin ke Bagan Lalang tapi biasalah kalau last minute baru nak booking hotel..tak ada yang kosong, semua penoh. Cari punya cari akhirnya dapatlah apartment di Pantai Seaview Resort Kuala Selangor. Memang tidak menghampakan apartment ni..cukup selesa dengan tiga bilik tidurnya, ruang makan,ruang tamu serta dapur. Berhampiran dengan laut tapi tidak sesuai untuk mandi manda..anak-anak tak kisah sebab kata mereka yang penting ada swimming pool untuk berendam.

Disebabkan tak mahu kelam kabut dan letih memasak waktu di sana so akak dah masak awal-awal juadah untuk hari raya memandangkan kami akan menyambut aidiladha di sana..
Menunya..kerutub daging, ayam masak merah,udang goreng nestum, kek coklat pisang dan ketupat segera. Kerutub daging akak masak awal-awal dan bekukan. Sampai aje di sana terus masuk freezer lagi. Pada malam raya baru keluarkan dan panaskan semula.
Seronok jugak kan sesekali beraya dengan kelainan macam tu..
Jom kita layan gambarnya..


pemandangan dari tingkat tujuh












pemandangan dalam apartment























10/27/09

JAMUAN HARI RAYA KIP GOMBAK UTARA


Sebenarnya dah lama akak nak update pasal jamuan ni tapi asyik tertangguh aje..atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan..
Tujuan jamuan hari raya ni dibuat adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk di kuaters ini dengan bergotong royong menyediakan makanan, khemah dan persiapan lain.Memang meriah..apabila di waktu ini dapat beramah mesra, bercerita dan bertanya khabar. Maklumlah pada waktu-waktu lain masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat akak ambil pada malam itu..



antara kaum ibu yang sungguh sibuk pada aritu


Penghulu KIP Gombak Utara..Ustaz Anuar sedang memberi serba sedikit ucapan sebelum majlis bermula


ni pulak pengacaranya..Shahril, salah seorang penyanyi dari kumpulan nasyid InTeam
yang juga merupakan seorang penduduk di sini


juadah-juadah menyelerakan yang disediakan penduduk

Dan di bawah ni pula adalah wajah-wajah ceria yang hadir pada aritu..