3/6/09

Hobi baru

Salam kenkawan sume...lama tak bercerita. La ni akak dah berjinak-jinak ngan hobi baru demi mengisi masa yang banyak terluang..
Hobi baru akak ialah menanam pokok orkid. Hobi bermula bila pergi bertandang ke rumah adik. Tengok banyak orkid dia yg berbunga cantik..berkenan pulak. Masa nak balik dia hulurkan akak dua pasu orkid jenis dendro yg tengah berbunga..sukanya akak.

Sampai rumah akak pun tukar ke pasu besar..bila tengok dua pasu je..macam ganjil pulak lalu ajak hubby ke nurseri orkid, tambah lagi koleksi. Ni kat umah dah ada lebih 20 pasu berbagai jenis.

Dan la ni dah masuk forum Home & Gardening bagi menambah lagi ilmu dalam penjagaan orkid. Ramai sifu-sifu orkid kat sini dan pelbagai ilmu diperturunkan. Ni dok berkira-kira nak tambah lagi koleksi dari pelbagai jenis..esok mungkin ke Nurseri orkid Bukit Changgang di Dengkil bersama seorang forumer orkid..dengar-dengar murah-murahnya orkid di sini dan banyak pilihannya..

Ok..ni akak share orkid-orkid yang berbunga kat rumah la ni..
Selamat menjamu mata...

0 comments: