kali ini nak cuba bersajak pulak..dah lama tinggalkan dunia sajak, berpuluh-puluh tahun dulu. Tak taulah boleh ke tidak lagi menulis..ni cuba-cuba je. Sajak ini hanya mainan perasaan..tiada kena mengena dengan sesape yang masih hidup ataupun yang telah mati. Harap maklum..hehehe.
aku seharusnya pasrah
akan peristiwa ini
biar luka, biar pedih
aku harus pasrah
akan suratanNya..
sehingga saat dan tika ini
aku masih terus mencuba
sedaya upayaku
yang masih lemah
untuk terus berdiri dan berlari..
semalam...
masih terbayang nostalgia lalu
berbunyi..
andai kau membisu
tanpa kata bicara
aku masih setia di sini
untuk mendengarnya
andai tiada perasaanmu di saat ini
di sini aku masih merasakannya..
biarpun mentari enggan bersinar
biarpun irama tiada lagunya
aku masih tetap berdiri di sini...menanti...
namun penantian
berakhir sudah
aku pasrah lagi
ketentuannya Ilahi...
Ya Rabbi, Ya Ilahi
kuatlah aku, tabahkanlah aku
menghadapinya...
biar hancur, biar luluh hati
aku pasti
AKU PASRAH KINI...
11/14/09
melodi pilu
Posted by fatim-intan at 3:12 AM 0 comments
Labels: hobi
5/11/09
Kolam Mini
Sebenarnya dah lama akak teringin nak buat kolam dengan ada fountain kecil untuk taman mini akak..tapi memikirkan kawasan yang amat terhad..pendamkan saja keinginan tu.
Satu hari bila ikut suami pegi beli tanah di sebuah nursery di Sg Buloh, akak ternampak replika ikan yg boleh dibuat fountain kecil..tanya suami boleh tolong buatkan tak..ok katanya. So akak beli kolam takungan air, replika ikan tadi dan motor untuk air tu bergerak. Semuanya dibeli dalam saiz yang mini..sebab kawasan yang amat terhad.
Walaupun kolam tu kecil tapi rasa puas hati sebab suka tengok bila air mengalir..ada anak-anak ikan dan pokok-pokok kiambang yang terapung kat permukaannya..

Posted by fatim-intan at 8:04 AM 1 comments
Labels: hobi
4/14/09
Orkid lagi..
Hari minggu yang lalu pagi-pagi lagi dah keluar rumah..hb ajak bekfes kat luar. Sesekali bestnya..
Lepas sarapan dok berkira-kira nak pi mana ni. Akhirnya dapat idea nak pi skodeng nursery orkid kat Jalan Klang Lama..tapi macam mana nak pegi alamat dan lokasinya pon tak tau.
Aaaahh..redah jelah sambil tepon kawan-kawan. Malunya pagi-pagi minggu dok ngacau orang sedang berehat, tapi atas desakan hati..ku ketepikan rasa segan tu...
Setelah cuba dan cuba dapatlah hubungi sifu Shaiful..maaf ya Pol, akak terbayang nampak macam hang tengah tenyeh2 mata je masa akak tepon tu..he..he..anyway thanks for the info..
Akhirnya sampai jugak sana..nursery LC. Biasalah kalau sampai nursery, mata punya rambang dok memilih. Mula fikir nak intai-intai je..bohonglah bagi akak kalau dah berdepan dengan deretan orkid yang begitu banyak, boleh tengok saja..
Tercapai jugaklah tangan ni pada dua jenis phalaenopsis yang harum semerbak baunya..
Betullah kata Tina, bellina ni sangat harum dan sesuai di letak depan pintu rumah. Setiap kali keluar masuk rumah, akan terhidulah haruman lembuuut dari bellina ni..
Balik dari nursery ni, si Hariz merengek nak pegi petshop..nak tengok barang hamster dia pulak. Jeleslah tu dia ni bila tengok emaknya punya hobi. Kami ke Mid Valley Pets World tapi masih tak menepati citarasa dia..tak banyak koleksi hamster katanya. So akak tepon sorang lagi kawan dari pets lover, minta idea dia. Dia cadangkan pi area Pasar Pudu. Kami terjah pulak ke sana.
Sampai sana jalan punyalah sesak..di kawasan pasar orang tersangatlah ramai maklumlah hari minggu. Tapi mencuci mata di pasar ni memang menyeronokkan, segala macam barang ada dijual. Hb belikan Hariz ball berlubang-lubang yang boleh diletak hamster dalamnya, pastu bola tu akan bergolek-golek dengan hamster di dalamnya..
Untuk akak pulak hb belikan tunggul kayu yang boleh digantung untuk di letakkan orkid..
Akak ni, kalau dapat benda-benda macam ni..tersangaaaaatlah sukanya hati.
Puas kami merayau aritu..akhirnya pulang ke rumah hampir jam 3 petang..
Ni akak share pic orkid dan tunggul kayu yang akak dapat tu..he..he..he..suka le tu..



Posted by fatim-intan at 7:26 AM 1 comments
Labels: hobi
3/13/09
gambar hobi baru lagi..
Alhamdulillah..dapat lagi akak berbicara di sini..masih belum abis dengan hobi baru..
Kali ni nak letak pic taman keseluruhannya..harap ada yang suka tengok dan jamu mata
walaupun tak seberapa..
Inilah rupa taman mini di pangsapuri akak..buat sekadar mengisi waktu yang terluang dan minat yg mendalam pada tanaman ni..
Yang dah berbunga, yang baru berputik dan yang baru keluar akar pun ada..itulah kepuasan bila kita memelihara pokok..ni orang yang minat je dapat memahaminya..
Selamat menjamu mata...


inilah sebahagian koleksi akak..ada lagi, nanti senang-senang akak upload lagi..
thanks banyak-banyak pada yg sudi singgah ke blog ni. Moga akak dapat berkongsi apa-apa saja yang akak lalui dan jalani di alam ini dengan semua orang..di sini, di blog yang serba kekurangan ni..
Posted by fatim-intan at 10:56 PM 2 comments
Labels: hobi
3/6/09
Hobi baru
Salam kenkawan sume...lama tak bercerita. La ni akak dah berjinak-jinak ngan hobi baru demi mengisi masa yang banyak terluang..
Hobi baru akak ialah menanam pokok orkid. Hobi bermula bila pergi bertandang ke rumah adik. Tengok banyak orkid dia yg berbunga cantik..berkenan pulak. Masa nak balik dia hulurkan akak dua pasu orkid jenis dendro yg tengah berbunga..sukanya akak.
Sampai rumah akak pun tukar ke pasu besar..bila tengok dua pasu je..macam ganjil pulak lalu ajak hubby ke nurseri orkid, tambah lagi koleksi. Ni kat umah dah ada lebih 20 pasu berbagai jenis.
Dan la ni dah masuk forum Home & Gardening bagi menambah lagi ilmu dalam penjagaan orkid. Ramai sifu-sifu orkid kat sini dan pelbagai ilmu diperturunkan. Ni dok berkira-kira nak tambah lagi koleksi dari pelbagai jenis..esok mungkin ke Nurseri orkid Bukit Changgang di Dengkil bersama seorang forumer orkid..dengar-dengar murah-murahnya orkid di sini dan banyak pilihannya..
Ok..ni akak share orkid-orkid yang berbunga kat rumah la ni..
Selamat menjamu mata...

Posted by fatim-intan at 10:40 PM 0 comments
Labels: hobi
2/9/09
Berbagai tanaman
Masih tak abis lagi cerita pasal Trolak..amboi tu baru pegi dua ari..kalau lama tentu lagi banyak citer kan...
ni pulak tentang isteri tuan rumah yang suka sangat menanam pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran..dahlah minat pastu tangan sejuk agaknya, apa yang ditanam menjadi je..jom tengok..




Posted by fatim-intan at 12:20 PM 0 comments
Labels: hobi