5/12/09

Riadah Pagi

Hari ni akak nak bercerita pasal riadah pagi yang selalu akak dan hb buat di Stadium UIA Gombak. Memandangkan suami mengajar sebelah petang dapatlah kami mengisi waktu pagi dengan sedikit riadah. Ni bukan untuk apa, maklumlah umur dah semakin senja ni kenalah buat serba sedikit riadah untuk kesihatan badan.

Bukannya buat apa pun..saja berjalan-jalan mcm orang putih kata 'morning walk' gitu. Berjalan setakat yang larat. Akak dan hb selalunya berjalan dan berlari-lari anak sekeliling stadium tu - tempat pelari selalu lari tu. Kami buat dalam 5-6 pusingan selalunya.

Habis berlari/berjalan tu kami pergi buat latihan ringan dengan peralatan yang di sediakan. Seronok dapat mengeluarkan peluh. Bila selalu beriadah, badan rasa macam ringan dan sihat je..



Tempat beriadah yang disediakan



0 comments: