11/4/09

Sepetang bersama Chef Wan..


Aduhai..betapalah menjadi kenangan yang terindah dengan tajuk di atas..
Minat akak yang mendalam di bidang masakan,menjadikan akak pengikut setia segala aktiviti chef yang bertaraf dunia ni..
CHEF WAN - sebuah nama yang amat besar dalam dunia masakan. Kejayaan demi kejayaan ditempah tanpa ragu-ragu lagi.

Sesungguhnya akak teramat kagum dengan sejarah anak bangsa sepertinya yang bermula dari bawah sehingga menjulang nama di puncak kejayaan..
Bangganya melihat semangatnya yang kental, tidak mudah mengalah dan penuh keyakinan..moga menjadi contoh terbaik pada anak-anak remaja kita..

Pada hari Sabtu, 31 Oktober yang lalu akak berkesempatan menghadiri program masakan Chef Wan iaitu Malaysian Asean Heritage Trail With Chef Wan di Lot 10.Pada hari tu Chef Wan digandingkan dengan Chef Florence mempromosikan masakan Malaysia..sempatlah akak merasa bubur nasi yang di sediakan oleh Chef Wan..mmmmmm memang sedap..

Berhadapan dengan Chef Wan sungguh membuat akak terpegun. Walaupun sudah menjadi insan terkenal, bernama besar dan berkedudukan tinggi tapi dia tetap seperti seorang yang biasa saja - ramah dan mesra menegur tetamu yang hadir tanpa mengira kaum dan bangsa.

Padan benarlah dia mendapat anugerah Chef Selebriti Terbaik Dunia..
Tahniah Chef Wan..semoga terus berjaya..

6 comments:

Shida said...

Wah akak, bestnya dapat berkursus dengan Chef Wan.

Apsal akak lama dah tak masuk forum, kami rindu tau....

fatim-intan said...

alah shida bukannya berkursus apa, saja pegi isi masa lapang..

yalah lama akak tak masuk forum sebab kenkadang tak de bahan nak cerita..kenkadang jengah je..tengok2..

fatim-intan said...
This comment has been removed by the author.
Marz said...

sibuk berkebun pun ada masa jumpa abang wan.. kekeke

fatim-intan said...

B, kebun..kebun juga. Abang Wan tu banyak ilmu so kenalah gi nuntut..
mana tau kot boleh jadi mcm dia..dia terkenal kat dunia, kita kat kampong pon oklah jugak...hehehe

fatim-intan said...

B, kebun..kebun juga. Abang Wan tu banyak ilmu so kenalah gi nuntut..
mana tau kot boleh jadi mcm dia..dia terkenal kat dunia, kita kat kampong pon oklah jugak...hehehe