Showing posts with label Kuih-muih Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih Melayu. Show all posts

11/23/08

KUIH SERI MUKA


Ari ni kak tim nak share menu minum petang yang kak tim buat semalam.
Kuih seri muka yang memang digemari keluarga akak.
Resepi pulak dapat dari seorang kenalan baru..Kak Farid. Terima kasih banyak2 kak bagi resipi kat saya..walaupun saya tahu kuih ni akak buat jualan tapi akak sudi beri pada saya..

Terima kasih atas keikhlasan akak..saya pun nak memanjangkan resipi ni pada kawan-kawan..




BAHANNYA:

Lapisan bawah:

500 gm beras pulut (rendam lebih kurang 3 jam)

santan cair (ikut paras pulut - bila nak kukus di loyang)

sedikit garam

Lapisan atas:

8 biji telor

250 gm gula pasir

350 ml air daun pandan (blend pandan dan air)

350 ml santan pekat

5-6 camb. tepung beras

pewarna hijau jika suka kuih lebih hijau

Cara membuatnya:

Kukus pulut bersama santan cair hingga masak.

Sementara itu sediakan lapisan atasnya. Pukul telor dan gula. Bila gula hancur masukkan bahan-bahan lain dan kacau rata..ataupun kalau nak senang blend aje semua bahan tu sekejap.
Kemudian masak di atas api perlahan sambil dikacau selalu selama lebih kurang 20 minit.
Bila lapisan bawah telah masak..tekan perlahan-lahan biar mampat. Kemudian tuang adunan yg dia masak tadi ke atasnya dan kukuslah selama lebih kurang sejam atau hingga masak.
Biarkan sejuk dulu sebelum potong supaya tak bersememeh..

11/12/08

Kuih Bakar Keledek

Kak tim sebenarnya minat sangat nak mencuba pelbagai kuih muih melayu dari koleksi resepi kawan-kawan..

Tapi sayang masa tak mengizinkan sangat sebab kak tim ada tugas sampingan yg lain..
Dalam beberapa waktu yg lalu ada juga kak tim cuba kuih2 melayu dari kawan-kawan
antaranya Kuih Bakar Keledek dari koleksi resepi bro Rozzan..

Feedbacknya..memang suka sangat dengan tekstur kuih ni yg lembut..gebu, rasanya pulak lemak berkerim..

Dengan resipi mudah ni rasanya memang tak de alasan lagi untuk tidak mencubanya..
Ni kak tim tepek gambar dan resipinya..



KUIH BAKAR KELEDEK

Bahan-bahan :

250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:

Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.