11/12/08

Kuih Bakar Keledek

Kak tim sebenarnya minat sangat nak mencuba pelbagai kuih muih melayu dari koleksi resepi kawan-kawan..

Tapi sayang masa tak mengizinkan sangat sebab kak tim ada tugas sampingan yg lain..
Dalam beberapa waktu yg lalu ada juga kak tim cuba kuih2 melayu dari kawan-kawan
antaranya Kuih Bakar Keledek dari koleksi resepi bro Rozzan..

Feedbacknya..memang suka sangat dengan tekstur kuih ni yg lembut..gebu, rasanya pulak lemak berkerim..

Dengan resipi mudah ni rasanya memang tak de alasan lagi untuk tidak mencubanya..
Ni kak tim tepek gambar dan resipinya..



KUIH BAKAR KELEDEK

Bahan-bahan :

250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:

Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

0 comments: