12/28/08

BERCUTI DI PORT DICKSON

Lamanya kak tim tak update blog ni..sibuk sesibuknya. Maklumlah kalau musim cuti ni anak-anak berkumpul semua, maka projek memasak berjalan sepanjang masa.
Seronoknya rasa hati dapat menjamu anak-anak yang sesekali balik...

Seminggu sebelum krismas, kawan hb ajak lagi pi bercuti kat banglo dia di Port Dickson. Kata orang rezeki jangan ditolak kan...
Ni kak tim letak gambar yang sempat diambil...





Gambar atas sekali tu ialah gambar pondok-pondok kecil yang dibina di halaman rumah tu..yang bestnya di sinilah tempat kami menjamu selera tak kiralah sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam...berseleranya makan ramai-ramai kat tempat terbuka macam tu..

selepas je menjamu selera..apalagi memasing terus terjun ke dalam kolam..
dan yang bawah sekali tu gambar jet ski yang sedang di cuci setelah di bawa pulang dari laut..dan di bawah tu pulak gambar motor yg menarik jet ski tu ke laut..
gambar masa main jet ski tu, maaf tak de sebab kak tim tak ikut diaorang pegi main.

0 comments: