12/10/09

CREAM PUFF


Dua tiga hari lepas merupakan hari yang begitu sibuk buat akak. Tiga hari berturut-turut adalah kawan-kawan dok rajin mengorder cream puff dari akak..so akak pon terpaksalah rajin membuatnya..

Sebenarnya sebelom melekat pada resepi yang satu ni, telah berbagai resipi cream puff juga akak cuba. Nampaknya yang ni sesuai dengan jiwa akak..hehehe. Resepi ni diberi oleh seorang kawan yang memang minat sangat memasak dan kami berkenalan pon dari sebuah forum memasak di alam siber ni..Terima kasih banyak-banyak ya KAK MUZA..



ni resipinya..

CREAM PUFF
Sumber : Kak Muza

bahan bahanya...
air 500ml
butter 50gm
margerin 200gm
garam 1/4 sudu teh
gula 1/2 st
tepong gandum 300gm
baking powder 1/4 st
telor 8 biji


caranya...
masakan air ,majerin,garam ,gula.apabila dah hancur semuanya masukkan tepong,kacau sehingga sebati.sejukkan.kemudian barulah dimasukkan telur sehingga adunan semuanya dah sebati.paipkan dan dibakar sehingga masak.


krim kastard;

250 ml susu segar
1 biji telor
3 sb gula
2 sb tepong kastard.

semua bahan dikacau dan dimasak sehingga kental.


nilah rupa cream puff yang diorder oleh kawan-kawan..siap untuk dihantar.

4 comments:

muza said...

salam tim...dasat tuuu,sampai melekat resepi tuuu kat you....haaahaaaa...semoga resepi ini dapat memberi manafaat kat you dan murah rezeki.....insha allah.

fatim-intan said...

alhamdulillah kak..terima kasih jugak pada akak sebab sudi bagi resepi..moga Allah murahkan rezeki akak dan mendapat berkat kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya..tak menjadi kesalahan ya kak saya juga share resepi ni dengan pembaca-pembaca lain..

muza said...

tim...ok no problem.

Shida said...

Salam kak, mintak izin copypaste resepi tu ye...