5/12/09

Riadah Pagi

Hari ni akak nak bercerita pasal riadah pagi yang selalu akak dan hb buat di Stadium UIA Gombak. Memandangkan suami mengajar sebelah petang dapatlah kami mengisi waktu pagi dengan sedikit riadah. Ni bukan untuk apa, maklumlah umur dah semakin senja ni kenalah buat serba sedikit riadah untuk kesihatan badan.

Bukannya buat apa pun..saja berjalan-jalan mcm orang putih kata 'morning walk' gitu. Berjalan setakat yang larat. Akak dan hb selalunya berjalan dan berlari-lari anak sekeliling stadium tu - tempat pelari selalu lari tu. Kami buat dalam 5-6 pusingan selalunya.

Habis berlari/berjalan tu kami pergi buat latihan ringan dengan peralatan yang di sediakan. Seronok dapat mengeluarkan peluh. Bila selalu beriadah, badan rasa macam ringan dan sihat je..



Tempat beriadah yang disediakan



5/11/09

Kolam Mini

Sebenarnya dah lama akak teringin nak buat kolam dengan ada fountain kecil untuk taman mini akak..tapi memikirkan kawasan yang amat terhad..pendamkan saja keinginan tu.
Satu hari bila ikut suami pegi beli tanah di sebuah nursery di Sg Buloh, akak ternampak replika ikan yg boleh dibuat fountain kecil..tanya suami boleh tolong buatkan tak..ok katanya. So akak beli kolam takungan air, replika ikan tadi dan motor untuk air tu bergerak. Semuanya dibeli dalam saiz yang mini..sebab kawasan yang amat terhad.
Walaupun kolam tu kecil tapi rasa puas hati sebab suka tengok bila air mengalir..ada anak-anak ikan dan pokok-pokok kiambang yang terapung kat permukaannya..