Sebenarnya dah lama akak nak update pasal jamuan ni tapi asyik tertangguh aje..atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan..
Tujuan jamuan hari raya ni dibuat adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk di kuaters ini dengan bergotong royong menyediakan makanan, khemah dan persiapan lain.Memang meriah..apabila di waktu ini dapat beramah mesra, bercerita dan bertanya khabar. Maklumlah pada waktu-waktu lain masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat akak ambil pada malam itu..
antara kaum ibu yang sungguh sibuk pada aritu
Penghulu KIP Gombak Utara..Ustaz Anuar sedang memberi serba sedikit ucapan sebelum majlis bermula
ni pulak pengacaranya..Shahril, salah seorang penyanyi dari kumpulan nasyid InTeam
yang juga merupakan seorang penduduk di sini
juadah-juadah menyelerakan yang disediakan penduduk
Dan di bawah ni pula adalah wajah-wajah ceria yang hadir pada aritu..
10/27/09
JAMUAN HARI RAYA KIP GOMBAK UTARA
Posted by fatim-intan at 4:20 PM 0 comments
Labels: kenangan
10/8/09
Birthday lagi..
Selang seminggu lepas raya, anak buah akak pulak sambuat hari jadi yang ke 7 tahun.
Tak tau apa nak bagi so akak buatkan kek patung Barbie untuk birthday girl..amboi lebar betul senyumnya nampak kek tu...
HAPPY BIRTHDAY ARISSYA..Semoga menjadi insan berguna di masa hadapan.


Posted by fatim-intan at 2:28 PM 0 comments
Labels: birthday
Salam Aidilfitri
Rasanya agak terlewat mengungkap salam ini tapi tetap nak ucapkan juga pada kawan-kawan semua..bulan Syawal kan masih ada lagi...
Apa ya..nak diceritakan pasal raya. Rasanya tak de apa yg menarik kot beraya di KL ni..
Lainlah kalau beraya di kampung..tentu meriah dengan sanak saudara dan kawan-kawan lama kan.
Juadah pun rasanya biasa je..ketupat dengan rendang dan sewaktu dengannya...
Cuma yang agak menarik bagi akak bila beraya rumah biras yang memang orang Sarawak yang terkenal dengan berbagai kek lapisnya..yg ni memang sedap...
Ada lagi satu yang menarik perhatian anak-anak raya tahun ni..beraya di rumah seorang selebriti...issyy..bebudak memang suka sangat.
Alkisah pegi beraya rumah kawan sekolej hubby masa di P.Pinang dulu..rupa-rupanya anaknya dah jadi artis sekarang ni..apa ke nama nya...Aliff OIAM

ni anak bujang akak yang ketiga bergambar mengalahkan diva lagi..hehehe
ni pulak sibujang bongsu akak
yang ni anak kedua akak yang tersangat maintain..pemalunya
Posted by fatim-intan at 1:55 PM 2 comments
Labels: kenangan
8/7/09
BIRTHDAY LAGI..ADIBA SOFEA..
Lamanya akak tak update blog ni..apa alasan kali ni eh?
he..he..he..busy jugaklah..bulan puasa tak lama lagi akan menjelma pastu sudah tentulah kita akan beraya.
Seperti lazimnya sebagai seorang tukang jahit saat-saat inilah yang paling sibuk..
tempahan dah menimbun..ni pon dah start berjaga malam, bukannya apa akak ni memang suka menjahit waktu malam sebabnya malam kurang gangguan..
Eh..citer lain pulak..sebenarnya tadi nak citer pasal birthday Adiba Sofea, anak jiran akak..umurnya 6 tahun. Dia ni rapat benar dengan keluarga kami sebab akak 'bela' dia dari kecil tambahan pula akak tak de anak perempuan..
Betul ke penggunanaan perkataan 'bela'ni sebab Adiba Sofea selalu komplen "mak timah, bela tu macam bela anak kucing je"..bila akak beritahu dia dah besar Adiba ni mak timah bela dari kecik. Kelako la pulok anak dara cek ni..
Sebelum tiba birthdaynya, akak tanya Adiba nak kek apa..dia nak kek anak patung Barbie..amboi mencabar nya sebab akak lom pernah buat kek ni tapi atas kasih sayang yang melimpah pada anak dara sorang ni akak terjah pi Bake Yen Chow Kit cari acuan kek tu..maka tercapailah juga hasrat hati akak dan Adiba Sofea..
jom kita tengok gaya si Barbie ni beraksi.
dan inilah rupa anak dara yang menyambut birthday tu..
HAPPY BIRTHDAY ADIBA SOFEA...Moga jadi insan yang berguna dan solehah di masa hadapan.
Posted by fatim-intan at 1:03 PM 0 comments
Labels: birthday
6/21/09
Happy Birthday To Me and Izzat..
Kali ini tiada cerita yang menarik rasanya..cuma kisah sambutan harijadi je..
Semalam kak tim dan adik ipar and family buat sambutan harijadi...harijadi Izzat dan kak tim..isyyy malunya dah tua-tua sambut harijadi..
Ni gara-gara si Izzat lah yang beria-ria ajak akak share birthday dengan dia..sebab tarikh hari lahir kami sangat berdekatan..he..he..he..
so buatlah majlis kecil-kecilan untuk puaskan hati dia..akak besa2 je..maklumlah dah tua kan..
Kak tim sempat buat kek coklat,marble kek dan dadih untuk hari tu..
menu-menu lain adik ipar yang sediakan tapi macam biasa akak lupa nak snap picture..
Cuma ni aje gambar yang kak tim dapat share...he..he..he..jangan gelak tau..

ni la rupanya birthday cake yang di bikin sendiri..
inilah wajah dua insan yang berkongsi majlis harijadi tu...kelakar kan..
ni pulak pic ibu mertua akak dan yang tersenyum simpul tu anak angkat akak..
itu saja gambar yang ada sebab jurugambarnya dah malas nak ambil gambar..
jadi itu sajalah cerita kak tim untuk memeriahkan blog kali ini..
Posted by fatim-intan at 10:32 PM 2 comments
Labels: birthday
5/12/09
Riadah Pagi
Hari ni akak nak bercerita pasal riadah pagi yang selalu akak dan hb buat di Stadium UIA Gombak. Memandangkan suami mengajar sebelah petang dapatlah kami mengisi waktu pagi dengan sedikit riadah. Ni bukan untuk apa, maklumlah umur dah semakin senja ni kenalah buat serba sedikit riadah untuk kesihatan badan.
Bukannya buat apa pun..saja berjalan-jalan mcm orang putih kata 'morning walk' gitu. Berjalan setakat yang larat. Akak dan hb selalunya berjalan dan berlari-lari anak sekeliling stadium tu - tempat pelari selalu lari tu. Kami buat dalam 5-6 pusingan selalunya.
Habis berlari/berjalan tu kami pergi buat latihan ringan dengan peralatan yang di sediakan. Seronok dapat mengeluarkan peluh. Bila selalu beriadah, badan rasa macam ringan dan sihat je..

Tempat beriadah yang disediakan


Posted by fatim-intan at 9:14 AM 0 comments
Labels: kenangan
5/11/09
Kolam Mini
Sebenarnya dah lama akak teringin nak buat kolam dengan ada fountain kecil untuk taman mini akak..tapi memikirkan kawasan yang amat terhad..pendamkan saja keinginan tu.
Satu hari bila ikut suami pegi beli tanah di sebuah nursery di Sg Buloh, akak ternampak replika ikan yg boleh dibuat fountain kecil..tanya suami boleh tolong buatkan tak..ok katanya. So akak beli kolam takungan air, replika ikan tadi dan motor untuk air tu bergerak. Semuanya dibeli dalam saiz yang mini..sebab kawasan yang amat terhad.
Walaupun kolam tu kecil tapi rasa puas hati sebab suka tengok bila air mengalir..ada anak-anak ikan dan pokok-pokok kiambang yang terapung kat permukaannya..

Posted by fatim-intan at 8:04 AM 1 comments
Labels: hobi