3/26/10

CUPCAKE SEBAGAI BUAH TANGAN


Nampaknya kali ini tak de banyak cerita yang nak dikongsi bersama..hanya sedikit hasil tangan akak yang baru belajar berjinak-jinak menghias cupcake menggunakan fondant..alhamdulillah menjadi juga akhirnya..

Thanks to kawan-kawan yg share resepi di alam cyber ni dan juga dengan pelbagai petua yg diberi..
Sebenarnya cupcake ini ditempah khas oleh anak buah akak pada hari perkahwinannya untuk diberi kepada pihak pengantin lelaki sebabgai buah tangan..

Jom layan pic nya..



Dan akak juga nak share pic oat cookies berhiaskan fondant sebagai hantaran..masih bertemakan merah putih seperti yg dikehendaki pengantin perempuan..

12/10/09

CREAM PUFF


Dua tiga hari lepas merupakan hari yang begitu sibuk buat akak. Tiga hari berturut-turut adalah kawan-kawan dok rajin mengorder cream puff dari akak..so akak pon terpaksalah rajin membuatnya..

Sebenarnya sebelom melekat pada resepi yang satu ni, telah berbagai resipi cream puff juga akak cuba. Nampaknya yang ni sesuai dengan jiwa akak..hehehe. Resepi ni diberi oleh seorang kawan yang memang minat sangat memasak dan kami berkenalan pon dari sebuah forum memasak di alam siber ni..Terima kasih banyak-banyak ya KAK MUZA..



ni resipinya..

CREAM PUFF
Sumber : Kak Muza

bahan bahanya...
air 500ml
butter 50gm
margerin 200gm
garam 1/4 sudu teh
gula 1/2 st
tepong gandum 300gm
baking powder 1/4 st
telor 8 biji


caranya...
masakan air ,majerin,garam ,gula.apabila dah hancur semuanya masukkan tepong,kacau sehingga sebati.sejukkan.kemudian barulah dimasukkan telur sehingga adunan semuanya dah sebati.paipkan dan dibakar sehingga masak.


krim kastard;

250 ml susu segar
1 biji telor
3 sb gula
2 sb tepong kastard.

semua bahan dikacau dan dimasak sehingga kental.


nilah rupa cream puff yang diorder oleh kawan-kawan..siap untuk dihantar.

12/5/09

KERUTUP DAGING TERENGGANU


Pada kebiasaanya setiap kali menyambut hari raya tak kiralah aidil fitri atau aidil adha, akak akak memasak rendang campur Minangkabau resepi tradisi turun temurun keluarga belah suami. Tapi nampaknya tahun ni beralih arah, menukar selera. Akak dengan anak bongsu Hariz berpakat nak meyediakan resepi Kerutup Daging Terengganu dari Chef Wan. Sebelum raya memang dah pernah cuba sekali..ni kali kedua lah..
Di sini akak nak share dengan pembaca semua resepinya..cubalah ya. Sedap dan mudah.
Sesuai dimakan dengan nasi minyak dan boleh juga dimakan dengan ketupat..



KERUTUP DAGING TERENGGANU
Sumber : chef wan

Bahan2nya :

Daging lembu 1 kg, dihiris nipis
Santan pekat 500 ml
Asam gelugur 3 keping
Minyak masak 80 ml
Daun limau purut 3 helai
Daun pandan 3 helai diikat
Air 20 ml
Serai 2 batang, dititik
Kulit kayu manis 2 cm
Kerisik 175 gm
Garam dan gula secukup rasa.

Dikisar halus:
Cili kering 20 tangkai
Buah keras 6 biji
Bawang merah 12 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 cm
Kunyit hidup 1 cm
Serbuk ketumbar 2 sudu besar
Bunga cengkih 6 kuntum
Serbuk jintan putih 1 sudu teh
Lada hitam 15 biji
Buah pelaga 4 biji
Serbuk jintan manis 2 susu teh


CARA MEMBUATNYA:

Goreng bahan yang dikisar dengan minyak dalam kuali sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, serai, daun pandan, kayu manis dan asam gelugur. Biarkannya mendidih dengan air selama 20 minit.

Apabila hamper pekat, masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut serta garam dan gula secukup rasa.

Biarkan ia masak sehingga betul-betul pekat.

11/30/09

CUTI-CUTI SAKIT MATA...


Dinamakan cuti-cuti sakit mata sebabnya terpaksa pergi bercuti melarikan diri..alasannya sakit mata. So akak dan family menyambut raya di perantauanlah kononnya walaupun bukanlah jauh mana..

Sebenarnya setiap tahun kami menyambut aidiladha dengan berkumpul semua ahli keluarga hubby dan membawa juadah masing-masing..berjumpa,bermesra dan bertanya khabar..itulah aktivitinya. Di samping tu menemani ibu mertua yang sakit lumpuh.

Tapi disebabkan kali ini akak dgn hubby kena sakit mata dan bimbang berjangkit pada ibu mertua dan anak2 buah yg tengah exam SPM, so kami lari pegi bercuti..
Itulah jadinya cuti-cuti sakit mata...hehehe..

Hajat hati pada asalnya ingin ke Bagan Lalang tapi biasalah kalau last minute baru nak booking hotel..tak ada yang kosong, semua penoh. Cari punya cari akhirnya dapatlah apartment di Pantai Seaview Resort Kuala Selangor. Memang tidak menghampakan apartment ni..cukup selesa dengan tiga bilik tidurnya, ruang makan,ruang tamu serta dapur. Berhampiran dengan laut tapi tidak sesuai untuk mandi manda..anak-anak tak kisah sebab kata mereka yang penting ada swimming pool untuk berendam.

Disebabkan tak mahu kelam kabut dan letih memasak waktu di sana so akak dah masak awal-awal juadah untuk hari raya memandangkan kami akan menyambut aidiladha di sana..
Menunya..kerutub daging, ayam masak merah,udang goreng nestum, kek coklat pisang dan ketupat segera. Kerutub daging akak masak awal-awal dan bekukan. Sampai aje di sana terus masuk freezer lagi. Pada malam raya baru keluarkan dan panaskan semula.
Seronok jugak kan sesekali beraya dengan kelainan macam tu..
Jom kita layan gambarnya..


pemandangan dari tingkat tujuh












pemandangan dalam apartment























11/16/09

Anak-anakku...

Arini melayan kerenah anak-anak..nak makan Marble Chocolate Cheesecake dengan Mac Cheese Puteri D..

Buat jugaklah walaupon penyakit M ada bertandang tapi demimu anak-anakku yang berkongsi menyambut hari lahir..

Jom kita tengok picnya yang simple sangat menunya..
nilah rupa kek birthdaynya



Macaroni n Cheese Puteri D favourite anak-anak...





inilah wajah anak kedua dan keempat yang berkongsi menyambut hari lahir kerana tarikh yang berdekatan..

11/14/09

Happy Birthday anak-anakku..


Bulan November adalah bulan kelahiran dua anakku..
Muhammad Hanis lahir pada 16 Nov. 1988 manakala Muhammad Hariz pula lahir pada 12 Nov. 1995.
SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU..

Hanis dah berusia 21 tahun, dah bujang anak mak makala sikecil Hariz berusia 14 tahun.

Dengan penuh kasih sayang mak doakan kalian sentiasa berjaya dalam perjuangan menimba ilmu untuk bekalan masa depan. Pelajaran adalah bekalan paling berharga buat bekalan masa depanmu nak..
Biarpun segunung harta tidak akan sama nilainya dengan pelajaran dan pengalaman yang kalian perolehi..

Di samping itu juga mak berdoa moga kalian menjadi insan yang sentiasa menuruti perintah Allah..insan soleh dunia dan akhirat.
Apalah yang paling membahagiakan seorang ibu apabila anak-anaknya mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat..amiiin..amin..amin..ya rabbal alamin..

Disebabkan sibuk, maka sambutan makan-makan sekeluarga akan dibuat pada hari Ahad ya..
Hari Jumaat lepas sibuk betul..pagi-pagi lagi kena siapkan tempahan 2 biji kek coklat siap dengan toppingnya. Sebelah petang pulak ada customer nak ambil baju yang ditempah. Sehari suntuk bertungkus lumus..Hari sabtu pon ada tempahan baju yang nak diambil so hari Ahad je yang free untuk family gathering..

Nanti kita buat jamuan keluarga then share pic kat sini ya..

Ok anak-anakku sekali lagi..SELAMAT HARI LAHIR dari mak..


wajah anak bongsuku - Muhammad Hariz

wajah anak kedua - Muhammad Hanis

wajah kedua-duanya..

melodi pilu


kali ini nak cuba bersajak pulak..dah lama tinggalkan dunia sajak, berpuluh-puluh tahun dulu. Tak taulah boleh ke tidak lagi menulis..ni cuba-cuba je. Sajak ini hanya mainan perasaan..tiada kena mengena dengan sesape yang masih hidup ataupun yang telah mati. Harap maklum..hehehe.


aku seharusnya pasrah
akan peristiwa ini
biar luka, biar pedih
aku harus pasrah
akan suratanNya..

sehingga saat dan tika ini
aku masih terus mencuba
sedaya upayaku
yang masih lemah
untuk terus berdiri dan berlari..

semalam...
masih terbayang nostalgia lalu
berbunyi..

andai kau membisu
tanpa kata bicara
aku masih setia di sini
untuk mendengarnya

andai tiada perasaanmu di saat ini
di sini aku masih merasakannya..

biarpun mentari enggan bersinar
biarpun irama tiada lagunya
aku masih tetap berdiri di sini...menanti...

namun penantian
berakhir sudah
aku pasrah lagi
ketentuannya Ilahi...

Ya Rabbi, Ya Ilahi
kuatlah aku, tabahkanlah aku
menghadapinya...
biar hancur, biar luluh hati
aku pasti
AKU PASRAH KINI...

11/4/09

Sepetang bersama Chef Wan..


Aduhai..betapalah menjadi kenangan yang terindah dengan tajuk di atas..
Minat akak yang mendalam di bidang masakan,menjadikan akak pengikut setia segala aktiviti chef yang bertaraf dunia ni..
CHEF WAN - sebuah nama yang amat besar dalam dunia masakan. Kejayaan demi kejayaan ditempah tanpa ragu-ragu lagi.

Sesungguhnya akak teramat kagum dengan sejarah anak bangsa sepertinya yang bermula dari bawah sehingga menjulang nama di puncak kejayaan..
Bangganya melihat semangatnya yang kental, tidak mudah mengalah dan penuh keyakinan..moga menjadi contoh terbaik pada anak-anak remaja kita..

Pada hari Sabtu, 31 Oktober yang lalu akak berkesempatan menghadiri program masakan Chef Wan iaitu Malaysian Asean Heritage Trail With Chef Wan di Lot 10.Pada hari tu Chef Wan digandingkan dengan Chef Florence mempromosikan masakan Malaysia..sempatlah akak merasa bubur nasi yang di sediakan oleh Chef Wan..mmmmmm memang sedap..

Berhadapan dengan Chef Wan sungguh membuat akak terpegun. Walaupun sudah menjadi insan terkenal, bernama besar dan berkedudukan tinggi tapi dia tetap seperti seorang yang biasa saja - ramah dan mesra menegur tetamu yang hadir tanpa mengira kaum dan bangsa.

Padan benarlah dia mendapat anugerah Chef Selebriti Terbaik Dunia..
Tahniah Chef Wan..semoga terus berjaya..

10/27/09

JAMUAN HARI RAYA KIP GOMBAK UTARA


Sebenarnya dah lama akak nak update pasal jamuan ni tapi asyik tertangguh aje..atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan..
Tujuan jamuan hari raya ni dibuat adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk di kuaters ini dengan bergotong royong menyediakan makanan, khemah dan persiapan lain.Memang meriah..apabila di waktu ini dapat beramah mesra, bercerita dan bertanya khabar. Maklumlah pada waktu-waktu lain masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat akak ambil pada malam itu..



antara kaum ibu yang sungguh sibuk pada aritu


Penghulu KIP Gombak Utara..Ustaz Anuar sedang memberi serba sedikit ucapan sebelum majlis bermula


ni pulak pengacaranya..Shahril, salah seorang penyanyi dari kumpulan nasyid InTeam
yang juga merupakan seorang penduduk di sini


juadah-juadah menyelerakan yang disediakan penduduk

Dan di bawah ni pula adalah wajah-wajah ceria yang hadir pada aritu..